PELAKON dan pengarah, Nam Ron mendedahkan dia terpaksa menolak tawaran melakonkan watak lelaki pedofilia kerana tidak sanggup menyakiti dirinya secara emosi demi menghidupkan karakter sedemikian.
Menurut Nam Ron atau Shahili Abdan, 56, meskipun terbuka dengan pelbagai karakter mencabar, namun tawaran itu terpaksa ditolak kerana melibatkan perlakuan amang seksual terhadap kanak-kanak.
"Pada peringkat umur sekarang saya ditawarkan watak lelaki pedofilia hingga melibatkan gangguan seksual terhadap kanak-kanak.







