PENYERTAAN pelakon Amir Ahnaf dalam acara kecergasan Hyrox sebanyak dua sesi di Jakarta pada akhir Jun lalu menjadi perhatian ramai.
Berkongsi mengenai perkara itu, Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 26, berkata minatnya terhadap sukan bukan sesuatu yang baharu memandangkan dia pernah bergelar atlet ragbi.
"Sebenarnya saya bekas pemain ragbi Terengganu, pernah terpilih untuk Sukan Malaysia (Sukma) dan juga barisan pemain Malaysia. Memang dari kecil saya aktif bersukan.

Amir semasa menyertai acara Hyrox di Jakarta.






