SELEPAS alunan zikir nyanyiannya dikritik hebat, pelakon Zarina Zainuddin tetap tenang dan tidak menghiraukan kecaman apabila tampil melancarkan lagu terbaharu berjudul Pulut Kuning ciptaan sendiri.
Meskipun berdepan pelbagai cercaan, Zarina memilih untuk kekal positif dan menganggap kritikan tersebut sebagai sesuatu yang lucu.
“Saya ada juga baca komen netizen. Saya terhibur sambil tergelak. Mereka memang kelakar. Tak mengapalah saya fikir positif saja, tak kisahlah apa orang nak cakap.

Zarina berniat hanya mahu mempromosikan perniagaan pulut kuning miliknya.






