MAHU kembalikan badan seperti anak dara, pelakon Datin Atikah Suhaime melantik dua jurulatih untuk membantunya menurunkan berat badan selepas bersalin.
Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata dia kini lebih sibuk dengan rutin harian yang padat berbanding sewaktu menjadi pelakon sepenuh masa.
“Saya ada dua jurulatih yang menjaga saya untuk latihan bebanan dan pilates. Memang hari-hari saya sibuk dengan gim, pilates dan hiking.

Atikah tak pernah mengalah untuk kuruskan badan.






