IMPIAN menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian apabila penyanyi Najwa Latiff mendedahkan mengalami keguguran hanya selepas lima minggu disahkan hamil.
Jelas Najwa atau Imratul Najwa Abdul Latiff, 29, dia dan suami iaitu Akwa Ariffin enggan berkongsi berita sedih tersebut di media sosial namun memerlukan doa orang ramai demi berdepan ujian tersebut.
“Saya benar-benar minta maaf kerana saya tidak boleh bercakap dengan sesiapa sekarang. Saya mengalami keguguran.

Perkongsian Najwa di Instagram tentang keguguran dialami.





