NASIB tidak menyebelahi buat pelakon Mimi Lana dan suaminya, Syafiq Kyle, apabila pasangan itu dikenakan caj tinggi ketika menaiki beca di London semasa bercuti di sana.
Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 30, mereka dikenakan bayaran sekitar RM1,100 (bersamaan £190) hanya untuk perjalanan sejauh dua kilometer di ibu kota United Kingdom itu.
Lebih melucukan, Syafiq pada mulanya menyangka harga yang dikenakan adalah dalam Ringgit Malaysia sebelum menyedari ia sebenarnya dalam mata wang pound sterling.

Mimi kongsi dirinya menjadi mangsa penipuan di London.





