PELAKON Nafiz Muaz mengakui tidak pernah tamak memburu watak hero, sebaliknya lebih mementingkan aspek kualiti dan keikhlasan dalam lakonannya.
Nafiz atau nama sebenarnya Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir, 28, berkata dia tetap bersyukur dan percaya kepada aturan rezeki biarpun dia sedar perjalanan kerjayanya agak perlahan selepas sedekad membina nama.
“Niat awal saya menceburi bidang seni adalah semata-mata untuk berlakon. Saya bukan mahukan watak utama sahaja. Saya tahu nama saya agak lambat untuk naik walaupun sudah 10 tahun bertapak dalam industri.

Nafiz lebih mementingkan kualiti lakonan.





