Hiburan

Nadzmi Adhwa tunggu Ardell dengan bunga, Yusuf turut naik bas persiaran… 2,000 sambut kepulangan pejuang GSF di KLIA

SUASANA di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA 1) pada malam Selasa bertukar sebak apabila ahli keluarga kepada 23 sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) dibawa menaiki bas persiaran khas untuk bertemu semula dengan insan tersayang yang baru pulang dari Turki.

Bas berkenaan tiba di KLIA 1 kira-kira jam 9.40 malam membawa waris kepada para sukarelawan yang baru dibebaskan selepas ditahan oleh tentera Israel sejak 2 Oktober lalu ketika menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Antara kelibat yang turut kelihatan menaiki bas ialah dua pelakon popular, Yusuf Bahrin dan Nadzmi Adhwa yang teruja untuk menyambut kepulangan isteri tercinta.

Ardell (kiri) dan Zizi sebelum ini ditahan oleh tentera Israel.

Ardell (kiri) dan Zizi sebelum ini ditahan oleh tentera Israel.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh