PELAKON Nadzmi Adhwa menitipkan doa agar isterinya yang juga aktres dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana sentiasa berada dalam lindungan sepanjang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Menurut Nadzmi atau Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 33, dia berasa sebak kerana tidak dapat menemani isterinya dalam perjalanan yang penuh risiko itu, namun reda dengan perjuangan Ardell demi tujuan kemanusiaan.
"Doa suami untuk isteri tiada hijab kan? Ya Allah, dengarkanlah doa ini. Berikan mereka kekuatan, lindungi mereka, berkatilah mereka dan permudahkan urusan mereka untuk sampai ke bumi Gaza.

Nadzmi berdoa agar Ardell sentiasa dilindungi Allah SWT.




