SUSULAN pendedahan ahli keluarganya sedang diperhatikan oleh golongan dilabel sebagai tali barut kepada Israel yang berada di Malaysia, pelakon Nadzmi Adhwa kini mengambil langkah berjaga-jaga serta meningkatkan keselamatan.
Nadzmi ketika dihubungi mStar berkata, dia mengaku sedikit cuak apabila pergerakan dia dan anak-anak sedang diperhatikan, namun percaya ahli keluarganya akan berada dalam keadaan selamat.
“Saya dalam keadaan berjaga-jaga. Kadang ada rasa pelik (sedang diperhati) dan mengambil langkah tidak beritahu keberadaan saya di mana.

Nadzmi memberitahu tentera Israel ugut Ardell guna sentimen anak-anak.






