GARA-GARA berkongsi kesediaannya untuk memberi peluang kepada seseorang, hantaran pelakon Nadia Brian di Threads mengundang perhatian netizen sehingga dikaitkan dengan bekas kekasihnya, ahli perniagaan Nedim Nazri.
Tampil menjelaskan perkara itu, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, berkata hubungannya dengan Nedim dalam keadaan baik dan mereka masih berkawan.
"Tak adalah, kami kawan. Tapi kalau ada jodoh, adalah. Apa-apa pun, kita doa yang baik-baik. Insya-Allah.

Nadia mahu beri peluang kedua pada diri sendiri.






