PENGACARA Nadia Annuar meluahkan rasa berang dan kecewa apabila anak perempuannya yang baru berusia sembilan tahun dituduh menjadi punca tiga pembantu rumah berhenti kerja.
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Shahrul Annuar, 42, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai sesuatu yang tidak masuk akal memandangkan alasan yang diberikan hanyalah disebabkan ragam normal seorang kanak-kanak.
“Saya dah buat keputusan. Saya akan bawa anak perempuan saya untuk tinggal bersama saya walau dengan apa cara sekalipun.







