PELAKON Nadhir Nasar memberitahu dia tidak akan pernah meninggalkan dunia drama meskipun kini aktif membintangi banyak filem.
Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 29, berkata drama televisyen merupakan platform asas dan kukuh untuk setiap pelakon mengasah mutu lakonan sebelum melangkah ke layar perak.
Malah, Nadhir mengakui wujud rasa kepuasan tersendiri apabila melihat ahli keluarga serta golongan peminat suka dengan lakonan yang diberikan di dalam drama berepisod.

Nadhir berkongsi perkara itu ketika ditemui media.






