SUSULAN kontroversi menyelubungi penggambaran filem prekuel Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, pelakon Beto Kusyairy menasihatkan bintang muda Nadhir Nasar tidak terburu-buru bertindak meninggalkan produksi berkenaan.
Beto atau Nur Kusyairy Zakuan Osman, 43, berkata, dia tidak mahu melihat pelakon berbakat besar itu meninggalkan rekod buruk dalam kariernya jika membuat keputusan mengundurkan diri.
“Nadhir juga terlibat dalam filem itu dan saya beritahu padanya supaya habiskan kerja… Jangan tinggalkan rekod kerja tidak habis.
Beto enggan campur tangan isu membabitkan produksi Mat Kilau.