DILIHAT semakin langsing, penyanyi Nadeera Zaini menyangkal dakwaan dia menjalani sebarang bentuk prosedur seperti pembedahan membuang lemak bagi menguruskan badan.
Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram, Nadeera, 32, sebaliknya memberihu dia hanya ‘memotong’ pengambilan makanan serta minuman dengan kandungan bergula tinggi sejak lapan bulan lalu.
“Dakwaan mengatakan saya mengambil suntikan atau buat pembedahan buang lemak tidak benar sama sekali.







