PENYANYI Nadeera menepis dakwaan segelintir netizen yang menganggap dirinya tidak mempunyai kebolehan mencipta lagu sendiri dan sering bergantung kepada komposer Hael Husaini semata-mata.
Nadeera atau nama sebenarnya Nadeera Zaini, 33, menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah lama bergiat aktif dalam pembikinan lagu, namun penglibatannya lebih banyak ditumpukan untuk rakan-rakan artis yang lain.
“Mungkin ramai dekat luar sana mengatakan Nadeera tak ada buat lagu ke? Tapi sebenarnya saya dari dulu lagi ada sahaja buat lagu untuk rakan-rakan artis yang lain, cuma mungkin orang tak tahu kan.

Nadeera banyak menghasilkan lagu buat penyanyi lain.





