PELAKON Nad Zainal menasihati golongan wanita yang mengimpikan pasangan sempurna supaya terlebih dahulu memperbaiki kelemahan diri sebelum meletakkan kriteria terlalu tinggi terhadap bakal suami dicari.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 36, berkata, dia terpanggil menyuarakan pandangan tersebut selepas memerhatikan trend luahan anak muda di media sosial yang tidak mahu mendirikan rumah tangga jika tidak bertemu dengan lelaki mempunyai berkeperibadian baik.
“Perkara ini sebenarnya begini, kadang-kadang kita berdoa setiap hari meminta pasangan, mungkin Allah lambat perkenankan. Jadi bagi saya, kita kena terus berfikiran positif.

Nad berkongsi perkara itu ketika ditemui media.






