PENYANYI Nabila Razali menepis dakwaan kononnya dia mengurangkan aktiviti lakonan disebabkan kehidupannya kini sudah cukup kaya sehingga tidak lagi memerlukan tawaran seni.
Sebaliknya, Nabila, 34, menjelaskan keputusan berehat seketika daripada dunia lakonan dibuat demi memberikan tumpuan kepada kerjaya nyanyian selain meluangkan masa bersama anak dan keluarga.
"Tak adalah (kaya raya). Alhamdulillah dengan apa yang saya ada sekarang, saya sangat gembira. Saya dah berkahwin dan ada anak, itu satu rezeki yang sangat besar.

Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui media.






