Hiburan

Nabila Razali tolak tawaran komersial untuk anak, suami tidak izin terlibat penggambaran

PENYANYI Nabila Razali mendedahkan dia terpaksa menolak tawaran komersial yang mahu menampilkan anaknya kerana tidak mendapat keizinan daripada suami, Nik Iruwan Nik Izani.

Nabila, 34, berkata dia memahami dan menghormati pendirian suaminya yang mengutamakan privasi serta menganggap persekitaran penggambaran belum sesuai untuk anak mereka, Muhammad yang kini berusia setahun lapan bulan.

“Bella okay sahaja (terima tawaran), tetapi hari itu baru ada satu tawaran dan suami Bella tidak benarkan. Tetapi Bella faham dan hormati keputusan suami. Apa jua keputusan yang dibuat, Bella tahu sebabnya.

Nabila sentiasa menghormati keputusan suaminya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh