PENYANYI dan pelakon Nabila Razali selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Isnin di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Bayi lelaki seberat 3.1 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan tepat pukul 10.01 malam.
Meluahkan rasa syukur Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, juga menganggap kelahiran bayi itu sebagai satu anugerah terindah buat hidupnya.

Nabila menganggap kelahiran anak sulung sebagai hadiah paling bermakna.





