PENYANYI Nabila Razali mengimbau kembali kisah penuh emosi sebelum melahirkan cahaya mata pertama pada Disember tahun lalu.
Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 33, berkongsi kisah situasi ketika hadir ke persembahan penyanyi Misha Omar yang diadakan di Odeum At Jiospace, Petaling Jaya pada 21 Disember tahun lalu meskipun sedang sarat hamil 38 minggu.
Malah dalam perkongsian itu, Nabila sempat mengusik peminatnya apabila mendakwa adakah sejarah bakal berulang memandangkan Misha dijadualkan mengadakan konsert sekali lagi pada November ini.







