PENYANYI dan pelakon Nabila Razali membuktikan usia bukan penghalang untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Buat pertama kalinya, Nabila tampil mencipta lagu terbaharunya, Cukup Sampai Sini pada usia 34 tahun.
Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali berkata, dia percaya tiada istilah terlambat untuk seseorang mempelajari perkara baharu termasuk dalam bidang muzik yang sudah lama menjadi sebahagian daripada kerjayanya.







