PENYANYI dan pelakon Nabila Razali bakal mengadakan majlis akikah untuk anak sulungnya di Kota Bharu, Kelantan pada 7 Jun ini bersempena Hari Raya Aidiladha.
Istimewanya, Nabila atau Nur Nabila Mohd. Razali, 33, mengajak orang ramai yang berkelapangan untuk hadir ke majlis tersebut bagi meraikan anak lelakinya yang diberi gelaran ‘Baby M’.
“Hari Raya Aidilfitri lalu tak dapat balik Kelantan tetapi kali ini kami pulang ke kampung.

Nabila (paling kanan) meraikan sambutan Aidiladha bersama keluarga di Kelantan.





