PERNAH dikritik hebat semasa menyanyikan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) pada tahun 2021, penyanyi Nabila Razali enggan mengenang kembali kenangan pahit itu.
Kata Nabila atau Nabila Mohd Razali, 31, kini dia ingin memberi fokus sepenuhnya kepada lagu Selagi Ku Ada bersama rakan duetnya Khai Bahar di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).
“Tipu kalau saya kata tak trauma tentunya perasaan itu ada tapi saya cuba letak perasaan itu ke tepi dan ingin memberi fokus kepada Selagi Ku Ada.

Nabila hilang gemuruh berdua bersama Khai di atas pentas.






