NIAT pelakon Nabila Huda berkongsi perjalanan terakhir kucing kesayangannya sebelum ini adalah semata-mata ingin memberi kesedaran kepada orang ramai tentang mengasihani haiwan.
Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 40, berkata, dia tidak boleh menerima kenyataan jika ada pihak bertindak membuang haiwan peliharaan mereka apabila dijangkiti penyakit.
Jelasnya, masalah kewangan bukan alasan membuang haiwan peliharaan sesuka hati kerana seseorang itu sepatutnya sudah memikirkan semua kebarangkalian apabila memilih membela kucing atau haiwan lain di rumah.







