DOA diberikan zuriat tidak pernah putus meniti di bibir pelakon Nabila Huda termasuk setiap kali diminta membuat ‘wish’ pada sambutan ulang tahun kelahirannya.
Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, berkata, walaupun bakal menginjak usia 40 tahun depan namun dia berharap doa menimang dua orang cahaya mata dimakbulkan Allah.
Bagaimanapun katanya, sebagai manusia biasa dia reda sekiranya belum diberikan rezeki cahaya mata dan akan terus berusaha dan berdoa.

Nabila tidak pernah berputus asa memohon doa dikurniakan cahaya mata lagi.






