HASRAT pelakon Nabila Huda mahu tidur selepas seharian berada di set penggambaran terbantut apabila kucing kesayangannya kencing di atas kepalanya.
Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, berkata, disebabkan itu dia terpaksa mandi buat kali kedua selain mencuci bantal yang terkena air kencing kucingnya iaitu Aoki.
“Sampai rumah dari set penggambaran pukul 11.30 malam, terus mandi dan baring sebab penat. Lega rasa dapat baring, kita pun ambil mood nak tidur.

Nabila memaklumkan tragedi tersebut di halaman Twitternya.






