PELAKON Nabila Huda sudah tidak sabar untuk menghitamkan semula warna rambutnya, walaupun ramai berpendapat penampilan baharu itu kelihatan lebih segar dan muda.
Menurut Nabila yang mesra disapa Abil, 41, dia sendiri berasa kurang selesa berambut perang selain sudah mula bosan melihat penampilannya.
“Ramai orang suka dengan penampilan ini, tapi saya dah tak suka. Saya dah benci. Bila tengok muka dalam cermin, saya fikir, ‘Eh, aku benci tengok rambut aku. Tak sabar nak warna balik rambut hitam.
Netizen puji Abil seakan sebaya dengan Hun (kiri) dan Zarif.

Abil warnakan rambut demi kelainan watak.



