SEGELINTIR pelakon pasti terbawa-bawa dengan karakter yang dilakokan meskipun pengambaran sudah lama tamat, pelakon Nabila Huda juga tidak terkecuali berdepan situasi sama.
Kata Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 40, percutian ke luar negara adalah cara untuk dia ‘keluar’ dari setiap watak yang pernah dibawakan sebelum ini.
Dia menyifatkan cara tersebut seperti membuka lembaran baharu buat dirinya bersedia dengan karya akan datang.

Nabila berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.





