PENGACARA dan penyampai radio, Nabil Ahmad menegaskan hubungannya dengan pelakon Nur Fazura berada dalam keadaan baik meskipun timbul persepsi kurang tepat dalam kalangan netizen di media sosial.
Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 43, berkata dakwaan kononnya hubungan mereka dingin hanyalah tanggapan segelintir pihak yang mungkin cuba melaga-lagakan mereka.
Kata Nabil, dia memilih untuk tidak membaca komen di media sosial demi menjaga kesihatan mental.







