PENGACARA dan pelawak Nabil Ahmad tidak melihat kritikan yang sering diterima sebagai perkara negatif, sebaliknya menganggap penampilannya di pentas berjaya menarik perhatian penonton.
Menurut Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 43, sebagai pengacara, dia sememangnya mahu memberikan sesuatu yang mempunyai impak supaya persembahan yang dikendalikan bukan sahaja menghiburkan, malah menjadi bualan ramai.
"Dalam erti kata yang agak pelik sedikit, saya okay saja sebab sebagai pengacara, saya memang nak perhatian itu.

Nabil bergandingan dengan Azeva (kiri) sebagai pengacara di Big Stage X Rocketfuel (BSR).






