NAMA Nabil Ahmad kembali menjadi bualan hangat kebelakangan ini apabila pemilihannya sebagai hos Big Stage X Rocketfuel (BSR) dipertikaikan oleh warga maya.
Biarpun sudah dua minggu program realiti nyanyian itu bersiaran, pemilik nama penuh Ahmad Nabil Ahmad, 43, ini terus menjadi bahan cemuhan penonton di pelbagai media sosial.
Menjawab isu tersebut, Nabil berkata, dia tidak sedar mengenai pertikaian yang timbul dan memilih untuk berlapang dada.

Gandingan Nabil dan Azeva (kiri) menerajui Big Stage X Rocketfuel tidak disenangi penonton.





