Hiburan

MV ‘Bersuara’ ciplak idea kumpulan lain… Imsomniacks serik, tak mahu lagi bekerja dengan produksi sama

SUSULAN kontroversi video muzik (MV) lagu Bersuara yang dikatakan mempunyai persamaan dengan MV lagu band rock dari Korea Selatan iaitu Xdinary Heroes, vokalis Imsomniacks, Iqie memberitahu kumpulan itu enggan lagi bekerjasama dengan produksi terlibat.

Menurut Iqie, keputusan itu dibuat kerana Insomniacks sama sekali tidak boleh bertoleransi dengan isu ciplak atau cetak rompak hasil kerja artis lain.

“Kita memang tidak akan bekerja dengan mereka dah. Kami rasa sedih sebab muzik video tersebut adalah plagiat daripada kumpulan lain,” katanya kepada mStar.

Imsomniacks akan lebih berhati-hati selepas ini untuk merakam muzik video.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh