HAMPIR tiga dekad berkecimpung dalam dunia lakonan, pelakon Zila Bakarin diberi kepercayaan untuk bergelar juri bagi sebuah program pencarian bakat baharu yang dianjurkan oleh MuviiGrind, sebuah platform inovatif dalam industri hiburan.
Program ini bertujuan memilih pelakon terbaik untuk produksi drama vertikal yang mengetengahkan kisah kehidupan masyarakat di seluruh rantau ASEAN termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina dan Thailand.
"Ini pengalaman pertama saya menjadi juri. Kalau ikutkan, siapalah saya untuk menilai orang lain, tetapi saya diberi penghormatan dan tanggungjawab ini.

Rosnah (kanan) dan Curly Jow turut bertindak sebagai juri pada sesi uji bakat yang dijalankan.
Antara peserta yang hadir ke sesi uji bakat yang dianjurkan oleh MuviiGrind. 



