SIMPATI dengan keadaan telefon bimbit penyanyi dan pengacara Roslan Shah membuatkan usahawan Datuk Seri Vida bermurah hati menghadiahkan sebuah peranti baharu bernilai RM7,799.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, berkata dia berharap telefon bimbit yang dihadiahkan itu dapat memudahkan urusan kerja Roslan selepas ini.
“Saya belikan telefon bimbit baru untuk Cik Lan (panggilan mesra Roslan) seikhlas hati sebab telefon lama dia sudah uzur. Kesian nak buat siaran langsung pun susah.

Vida dan Roslan membeli telefon bersama.






