ISU dakwaan hanya memiliki RM500 dalam akaun bank sehingga menjadi punca putus tunang antara pelakon Muntazar Ghufran dengan Saidah Kamarudin masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Meluahkan rasa kesal, Muntazar atauMuhammad Firdaus Ghani Ghufran, 23, juga menganggap kewangan adalah satu perkara privasi yang tidak perlu diceritakan.
Malah dedahnya, dia pernah mempunyai duit ratusan ribu ringgit dalam akaun bank tetapi tidak menghebahkan kepada umum.

Saidah anggap Muntazar belum sedia untuk bergelar suami.






