PENYANYI Ayu Damit terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas mengalami sakit dada dan muntah berpanjangan.
Ayu atau Norayu Damit, 37, ketika dihubungi mStar memberitahu dia mula berasa tidak sedap badan sejak pagi Khamis sebelum mendapatkan rawatan di sebuah klinik.
Penyanyi ini dalam masa sama tidak menolak keadaan itu berpunca daripada jadual tidur yang tidak menentu selain faktor pemakanan.






