DALAM diam, pelakon dan penyanyi Wanns Ahmad rupanya berdepan dugaan berat apabila mendakwa dirinya terkena santau sehingga menyebabkan dia muntah darah dan mengalami lemah tubuh badan.
Wanns atau nama sebenarnya Wan Nursalam Wan Ahmad, 35, berkata gangguan itu bukan perkara baharu kerana sudah mengalaminya sejak beberapa tahun lalu namun semakin serius sepanjang tahun ini.
“Sejak beberapa tahun lalu saya sudah mengalaminya tetapi tidaklah seteruk sekarang. Tahun ini saya benar-benar lemah.

Wanns kongsi pengalaman terkena buatan orang.





