TINDAKAN bekas isteri pertama Datuk Seri Adnan Abu yang dikenali sebagai Cik Hanaa berkongsi foto throwback perkahwinan usahawan itu dengan penyanyi Adira Suhaimi menarik perhatian netizen di media sosial.
Mengulas mengenai tindakan bekas isterinya itu, Adnan atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Red, 46, berkata perkongsian Hanaa itu mungkin sekadar memenuhi permintaan netizen.
Malah, dia tidak menolak sekiranya bekas isterinya itu turut menyimpan harapan agar dia dan Adira kembali bersatu.







