MEMASUKI penghujung 2025, pelakon dan penyanyi Diana Danielle ingin menutup lembaran tahun ini dengan semangat baharu, bukan sahaja dalam kerjaya, tetapi juga kehidupan peribadi.
Diana, 33, berkata fokusnya ketika ini adalah memperbaiki diri dan memperbetulkan hubungan dengan manusia sebelum melangkah ke tahun baharu.
"Saya nak jadi insan yang lebih baik. Bila kita dah sampai ke hujung tahun, mungkin ada hubungan yang tak begitu baik. Jadi saya nak cuba perbetulkan," katanya.







