KEMENANGAN tempat ketiga di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) menjadi pembakar semangat buat penyanyi Ryenald Guntabid untuk terus mengatur langkah dalam kerjaya seni.
Malah, menurut Ryenald, 30, dia yang kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah, tidak menolak kemungkinan berpindah ke Kuala Lumpur bagi mengembangkan bakatnya yang semakin mendapat perhatian.
“Tidak lagi membayangkan saya akan tinggal di KL sepenuh masa, tetapi selepas ini mungkin 89 peratus pasti. Cuma ada beberapa hal yang akan menentukan saya berpindah atau tidak.

Kemenangan di AJL40 memberi semangat baharu buat Ryenald.





