TINDAKAN pelakon Que Haidar yang memilih untuk membantu seorang usahawan kecil selepas foto peribadi digunakan tanpa kebenaran menerima pujian ramai.
Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, berkata pada awalnya dia agak terkilan apabila mendapati gambarnya digunakan untuk mempromosikan produk tanpa izin.
"Saya nampak di Instagram, ada orang tag saya tentang kopiah kait. Dia guna gambar saya untuk promosikan kopiah tu.

Kopiah Que juga jadi perhatian ramai.






