BERKONGSI keterujaan memulakan kehidupan baharu di kota London, pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann menzahirkan rasa gembira apabila berjaya mendapatkan rumah idaman mereka.
Tidak hanya itu, Janna atau Nurul Jannah Muner, 30, juga meluahkan harapan agar persekitaran baharu itu dapat membuka rezeki buat mereka memiliki cahaya mata.
“Semoga dekat persekitaran dan rumah yang baru, kami berjaya dapatkan baby,” katanya.

Janna berkongsi proses mereka berpindah masuk rumah baharu.






