PELAKON Rozita Che Wan bengang apabila netizen mengutuk penampilan rakannya yang juga aktres Fathlia Latiff ketika menghadiri rumah terbuka anjurannya baru-baru ini.
Rozita atau mesra disapa Che Ta, 50, berkata, dia tidak menyangka ada orang tergamak meninggalkan komen berbaur face shaming terhadap Fathia dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
Sebaliknya pelakon itu meminta mereka yang mengata Fathia agar melihat ke arah cermin sebelum menghina wajah orang lain.







