PELAKON Diana Danielle memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status hubungannya susulan dia memuat naik video di Instastory bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai kekasih.
Menurut Diana, atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 34, dia lebih selesa menyimpan hal peribadi untuk tatapan sendiri.
"Saya tak nak letak apa-apa status sama ada seseorang itu teman lelaki ataupun tidak.







