BIMBANG peminat kecewa dengan ketidakhadirannya di sebuah acara di Putrajaya, pelawak Saiful Apek tampil menjelaskan salah faham yang berlaku melibatkan pihak penganjur dan orang perantara.
Saiful atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 57, percaya isu berkenaan berlaku disebabkan kesilapan komunikasi mengenai penglibatannya dalam sebuah persembahan bersama anggota kumpulan Senario.
"Saya tak tahu kesilapan komunikasi itu berlaku di mana, tapi saya minta maaf dari pihak saya sebab perkara ini sebenarnya sudah dijelaskan dari awal lagi.

Saiful bimbang peminat yang hadir akan kecewa.

Saiful harap penganjur bertanggungjawab dengan salah faham yang berlaku.



