PENYANYI rap MK K-Clique kini melalui fasa kehidupan yang lebih tenang dan matang, terutama selepas dikurniakan anak perempuan, Aya Rayana.
MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 29, berkata dia bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang Tuhan berikan kepadanya.
"Saya sangat gembira dengan fasa yang saya jalani sekarang. Tak sangka saya akan berada di tahap ini daripada segi kerjaya.

MK sedang jalani fasa kehidupan yang lebih tenang.






