PENYANYI Misha Omar meluahkan rasa bangga dengan kejayaan diperoleh Ernie Zakri di Anugerah SCTV 2024 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada malam Rabu.
Menyifatkan Ernie sebagai duta baharu negara, Misha atau Samihah @ Aishah Omar, 42, berkata penyanyi itu memiliki bakat besar dan mampu melangkah lebih jauh dalam bidang seni.
“Tahniah Ernie, kak Mitch (panggilan Misha) bangga dengan awak. Hati saya tersenyum berbunga-bunga tengok gambar ni.
Misha tumpang bangga dengan kejayaan Ernie di Indonesia.