PELAWAK dan pelakon Harith Iskander memilih untuk tidak memberi komen panjang berhubung kes saman melibatkan dirinya yang difailkan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Menjawab secara ringkas, Harith, 60, memohon maaf kerana tidak boleh memberi sebarang ulasan memandangkan kes berkenaan masih dalam proses mahkamah.
“Oleh kerana kes ini sedang dalam proses mahkamah, saya tidak dapat memberi sebarang komen buat masa ini.






