USAHAWAN sensasi, Kak Nona tampil mempertahankan diri susulan kenyataan yang dikeluarkan adiknya, Kak KM berhubung kes melibatkan anak-anaknya yang kini masih dalam siasatan polis.
Nona atau nama sebenarnya Rose Azlina Rosli, 51, mendakwa adiknya itu sengaja mengeruhkan keadaan apabila tampil memberi kenyataan kepada pihak media mengenai kes tersebut.
Dia yang enggan lagi berselindung turut mendedahkan sudah pun mengambil tindakan undang-undang dengan menghantar surat tuntutan (LOD) kepada bekas suaminya, Pak Edy dan Kak KM pada Selasa lalu.







